Hasil Pembelajaran | -menggunakan Asas Seni Reka dalam menggambar berdasarkan tema imaginasi murid.
Aras 1
i. Mengenali Asas Seni Reka seperti warna, garisan, bentuk, imbangan dan penegasan dalam aktiviti menggambar. ii. Mengenali pelukis tempatan dan hasil karya mereka.
Aras 2
i. Menghasilkan gambar dengan menggunakan alat, bahan, dan teknik yang sesuai serta mengaplikasikan Asas Seni Reka.
Aras 3
i. Menghasilkan gambar berdasarkan tema imaginasi murid dengan menggunakan alat dan bahan yang sesuai ii. Menyatakan secara lisan tentang hasil kerja sendiri dan rakan. iii. Mengumpul dan merekod maklumat serta pengalaman menghasilkan portfolio. | -menggambar berdasarkan tema pengalaman dan imaginasi murid secara manual dan berbantukan komputer.
Aras 1
i. Mengaplikasi elemen Asas Seni Reka yang sesuai dalam menggambar. ii. Mengetahui dan menggunakan bahasa seni visual (istilah) yang mudah untuk berinteraksi.
Aras 2
i. Menggambar berdasarkan idea yang diperolehi dari pemerhatian dan penerokaan alat, bahan dan teknik. ii. Menggunakan komputer sebagai alat bantu dalam kegiatan menggambar.
Aras 3
i. Menggambar dengan menggunakan gabungan pelbagai alat, bahan dan teknik yang lebih kreatif dan kemas. ii. Menyatakan secara lisan tentang hasil kerja sendiri dan rakan. iii. Menghargai sumbangan pelukis tempatan. iv. Mengumpul dan merakam maklumat serta pengalaman pembelajaran untuk menghasilkan portfolio. | - menggambar berdasarkan tema, pengalaman, imaginasi dan fantasi murid secara manual dan berbantukan komputer.
Aras 1
i. Menggambar dengan member penekanan kepada konsep perspektif dan kadar banding. ii. Memilih, meniru, memadan dan menyusun gambar untuk menghasilkan satu komposisi.
Aras 2
i. Mencari sumber rujukan sebagai pencetus idea untuk menggambar. ii. Mengaplikasi elemen Asas Seni Reka dalam kegiatan menggambar berbantukan komputer.
Aras 3
i. Menggambar dengan menampakkan perspektif dan kadar banding serta mempelbagaikan alat, bahan (media) dan teknik untuk memberi kesan yang lebih kreatif dan kemas. ii. Menyatakan pendapat dan membuat perbandingan secara kritis dengan menggunakan bahasa seni visual. iii. Menghargai sumbangan pelukis tempatan. iv. Mengumpul dan merekod maklumat serta pengalaman untuk menghasilkan portfolio. |
Cadangan Aktiviti Pembelajaran | a. lukisan b. stensilan c. kolaj d. resis e. catan f. mozek g. gurisan h. cetakan i. capan j. lawatan k. pemerhatian terhadap alam sekitar | a. kolaj b. resis c. catan d. mozek e. gurisan f. cetakan g. capan h. lukisan i. menggunakan perisian komputer seperti Paintbrush, Photoshop dan Microsoft Word j. memerhati dan mengenalpasti kewujudan elemen Asas Seni Reka dalam alam ciptaan Tuhan k. membuat perbandingan dan membincang tentang karya pelukis tempatan yang dipamerkan l. membincang hasil kerja murid.
| a. catan b. filiografi c. kaligrafi d. cetakan sutera saring e. menghias permukaan 2D dan objek 3D f. lipatan dan guntingan g. portfolio h. menggunakan perisian komputer seperti Paintbrush, Photoshop dan Microsoft Word. |