Showing posts with label AMALI. Show all posts
Showing posts with label AMALI. Show all posts

Friday, 20 April 2012

AMALI PSV3109 Part 2-Blog & Broshur

Pada 17 April 2012, pelajar PISMP Semester 5 di IPG Kampus Ilmu Khas telah menjalani ujian amali sesi kedua. Hari Selasa itu, ia berkaitan dengan blog dan broshur. Semuanya berjalan dengan lancar. Hanya saya kurang berpuas hati dengan cara perbentangan saya. Kemahiran komunikasi saya agak lemah. Tetapi saya sudah cuba yang terbaik. Antara faktor kepada kekurangan puas hati ini adalah saya tertidur ketika amali. Bangun sahaja dari tidur, terus sahaja bentang. Hal ini telah menyebabkan saya kurang bersedia dan mamai. Ia merupakan kesalahan sendiri yang tidak dapat dinafikan lagi.

(Siapa suruh buat kerja last minute, update itu ini, kan dah menyesal dan tak puas hati, hahaha!!!)

Monday, 16 April 2012

AMALI PSV3109 Part 1-Lukisan Digital-Logo & Banner

Pada 16 April 2012, kelas kami telah menjalani ujian amali untuk matapelajaran PSV3109. Amali ini merupakan dua hari berturut-turut. Hari ini merupakan sesi pertama daripada dua amali. Esok merupakan amali untuk melihat bagaimana pelajar membuat blog dan broshur pula. Disebabkan menggunakan keseluruhan digital, jadi, karyanya mudah siap kecuali yang membuat menggunakan Microsoft Paint dan CorelDRAW. Hal ini berikutan ramai pelajar yang menghasilkan dengan cara ala montaj, yakni potong dan tampal. Bagi saya, ia tidak salah dan ia juga merupakan suatu teknik kerana untuk memadam aspek yang tidak perlu juga menggunakan pemadam digital. Apabila menggunakan tools pemadam ini, maka ia sudah dikira sebagai melukis. Jadi, ia sudah dikira sebagai lukisan digital. Dan usah mudah jatuh tatkala karya dilabel sebagai 'CUT & PASTE'.

Para pelajar sedang menjalankan Ujian Amali PSV 3109 Sesi Pertama-Karya Digital:Logo


Penulis memberitahu pensyarah tentang pertukaran URL.



Penulis membentangkan karya Karya Digital-Logo.

Sunday, 15 April 2012

DIGITAL PAINTING

Sepatutnya untuk tugasan kali ini, saya ingin melukis potret digital. Namun, disebabkan saya mengetahui yang luksian digital ini mempunyai sangkut paut dengan blog, yakni sebagai banner. Jadi, saya telah membatalkan niat saya untuk melukis potret digital. Banner yang terdapat pada blog ini merupakan lukisan digital saya (yang lebih kepada editing). Dibawah saya tunjukkan antara gambar-gambar yang telah saya hasilkan dengan Corel Painter X.













Hoho Angry Anime Smiley