Showing posts with label ASAS SENI REKA. Show all posts
Showing posts with label ASAS SENI REKA. Show all posts

Monday, 16 April 2012

AMALI PSV3109 Part 1-Lukisan Digital-Logo & Banner

Pada 16 April 2012, kelas kami telah menjalani ujian amali untuk matapelajaran PSV3109. Amali ini merupakan dua hari berturut-turut. Hari ini merupakan sesi pertama daripada dua amali. Esok merupakan amali untuk melihat bagaimana pelajar membuat blog dan broshur pula. Disebabkan menggunakan keseluruhan digital, jadi, karyanya mudah siap kecuali yang membuat menggunakan Microsoft Paint dan CorelDRAW. Hal ini berikutan ramai pelajar yang menghasilkan dengan cara ala montaj, yakni potong dan tampal. Bagi saya, ia tidak salah dan ia juga merupakan suatu teknik kerana untuk memadam aspek yang tidak perlu juga menggunakan pemadam digital. Apabila menggunakan tools pemadam ini, maka ia sudah dikira sebagai melukis. Jadi, ia sudah dikira sebagai lukisan digital. Dan usah mudah jatuh tatkala karya dilabel sebagai 'CUT & PASTE'.

Para pelajar sedang menjalankan Ujian Amali PSV 3109 Sesi Pertama-Karya Digital:Logo


Penulis memberitahu pensyarah tentang pertukaran URL.



Penulis membentangkan karya Karya Digital-Logo.

Sunday, 15 April 2012

Prinsip Rekaan

PENGENALAN

Prinsip rekaan merujuk kepada cara pengolahan enam jenis unsur seni iaitu garisan, rupa, bentuk, jalinan, ruang dan warna. Seseorang pengkarya seni visual sering mengaplikasikan satu atau lebih daripada satu prinsip rekaan dalam sesuatu karya seni visual untuk menimbulkan gambaran atau suasana yang ingin disampaikan.

HARMONI

  • Melibatkan susunan atau ulangan unsur-unsur seni mengikut cara dan prinsip yang tersusun dan menimbulkan perasaan yang aman damai dan menarik perhatian
  • Gambaran seimbang, selesa, kemas, sempurna dan menyeronokkan.

KONTRA

  • Sesuatu objek yang berbeza daripada segi saiz, rupa, warna, bentuk dan sebagainya.
  • Memberikan kesan fokus, tumpuan, unggul dan menarik.

PENEGASAN

  • Sesuatu yang boleh menarik perhatian dan tumpuan
  • Menarik perhatian dan mengelakkan dari kebosanan.

IMBANGAN

  • Keadaan gubahan yang berpadanan dari segi saiz, berat, tarikan, warna dan tumpuan
  • pemerhatian.
  • Imbangan Simetri:
  • Kukuh,teratur dan terkawal.
  • Imbangan Tidak Simetri:
  • Bebas dan spontan. Tarikan yang lebih hebat dan menarik.

IRAMA & PERGERAKAN

Keadaan objek yang bergerak, bergoyang dan bersinar. Irama ialah satu kesan ilusi yang wujud
daripada perulangan susunan satu atau lebih objek secara berterusan untuk menimbulkan harmoni. Keadaan hidup dan bergerak, ilusi ruang dan perspektif, irama dan suasana yang menarik, kesantumpuan dan gambaran yang bertenaga.

KEPELBAGAIAN

  • Penggunaan segala elemen unsur seni reka dan prinsip rekaan dalam karya. Merujuk kepada
  • aktiviti gayaan, perlanjutan dan kontra dalam gubahan.
  • Memberi kesan kontra, bertenaga dan daya tarikan yang hebat dan dinamik.

KESATUAN

  • Sesuatu gubahan yang baik dan saling mempunyai hubung kait antara unsur seni reka dan prinsprekaan.
  • Teratur, seragam, lengkap, sempurna dan suasana yang tenteram dan selesa.

Warna

 Pengenalan

Warna ialah tindak balas cahaya ke atas sesuatu permukaan.

Jenis-jenis Warna

Dalam seni visual, warna terbahagi kepada 3 jenis, iaitu:
1. Warna Asas/Utama
Warna asas terdiri daripada warna biru, merah dan kuning.
Warna asas ialah warna utama yang tidak boleh dihasilkan melalui campuran warna lain, tetapi
boleh menghasilkan warna sekunder dan warna tertier.

2. Warna Sekunder
Warna sekunder terdiri daripada warna hijau, jingga dan ungu.
Warna sekunder terhasil daripada campuran 2 warna asas.
Warna Asas Warna Sekunder
Kuning + Biru = Hijau
Biru + Merah = Ungu
Merah + Kuning = Jingga

3. Warna Tertier
Warna tertier terhasil daripada campuran 1 warna asas dengan 1 warna sekunder.
Warna Asas Warna Sekunder Warna Tertier
Biru + Ungu = Biru-Ungu
Merah + Ungu = Merah-Ungu
Merah + Jingga = Merah-Jingga
Kuning + Jingga = Kuning-JinggaKuning + Hijau = Kuning-Hijau
Biru + Hijau = Biru-Hijau

Warna Neutral

Warna neutral merupakan warna yang tidak tergolong dalam kategori warna asas, warna
sekunder dan warna tertier. Warna neutral terdiri daripada warna putih dan hitam atau campuran kedua-duanya.

Nilai Warna

Ton Warna

Ton warna ialah nilai pancaran kecerahan dan kegelapan sesuatu warna. Ton warna diperoleh melalui campuran sesuatu warna dengan warna putih atau warna hitam. Warna yang dicampur dengan warna hitam menjadi ton yang lebih gelap dan warna yang dicampur dengan warna putih akan menjadi ton yang lebih cerah.

Kroma Warna

Kroma ialah nilai ukuran warna. Ia terhasil melalui campuran warna penggenap dalam nisbah yang tertentu.

Gubahan Warna

Sewarna

Sewarna ialah gubahan yang menggunakan 1 warna dalam beberapa ton atau dikenali sebagai warna monokrom. Sewarna dapat dihasilkan melalui campuran warna putih untuk kesan terang atau warna hitam untuk kesan gelap.

Warna Harmoni

Warna harmoni ialah sekumpulan warna yang terletak sebelah-menyebelah dalam roda warna. Ia mempunyai hubungan warna, ton dan suhu warna yang sama. Warna harmoni dapat menimbulkan kesan perasaan selesa dan tenang. Ia sesuai digunakan untuk menghasilkan corak tekstil, hiasan dalaman, perabot, seni taman dan seni halus. Berikut ialah contoh warna yang berharmoni:

*merah jingga, jingga, jingga kuning
*hijau kuning, hijau, hijau biru

Warna Penggenap

Warna penggenap merujuk kepada gubahan warna yang menggunakan kombinasi warna yankedudukannya saling bertentangan dalam roda warna. Warna penggenap juga dikenali sebaga‘complementary’.
Contoh warna penggenap ialah:
Merah – Hijau
Kuning – Ungu
Biru – Jingga

Suhu Warna

Suhu warna ialah kumpulan warna yang mempunyai kesan pancaran cahaya panas atau kesapancaran cahaya sejuk.

Warna panas ( merah,kuning, jingga dan hijau kuning)memberi kesan terang dan garang danmerangsang pandangan. Ia merupakan kumpulan warna yang mempunyai kesan cahaya yangtinggi.

Warna sejuk ( biru, ungu, hijau dan biru hijau ) memberi kesan redup, tenang dan damai sertamenyejukkan mata memandang. Ia mempunyai kesan pancaran cahaya yang rendah.

Peranan dan Fungsi Warna

Dalam masyarakat berbudaya, elemen warna dan fungsinya tidak dapat dipisahkan.
Warna merupakan sebahagian daripada pakaian kehidupan masyarakat dunia.
Masyarakat desa di Malaysia, mensinonimkan warna dengan objek alam sekeliling.
Warna boleh membawa maksud atau pengertian tertentu mengikut budaya setempat seperti:
Warna kuning- kebesaran diraja, kecemerlangan, ceria, kekayaan.
Warna merah- berani, kemakmuran, bahaya, amaran.
Warna hijau- segar, subur, pertumbuhan.
Warna biru- kedamaian, tenang, romantik.
Warna putih- kesucian, kemurnian, kerohanian.
Warna hitam- kesedihan atau kepiluan.

Ruang

Pengenalan

Ruang ialah jarak di antara objek yang wujud di dalam alam nyata dan juga dalam karya seni
visual. Objek yang berada di hadapan kelihatan lebih jelas dan besar berbanding dengan objek
sama saiz yang berada di bahagian belakang. Contoh ruang yang wujud dalam karya seni visual digambarkan melalui kekuatan gubahan warna, jalinan, rupa dan bentuk.

Jenis-jenis Ruang

1.Ruang Fizikal
Ruang fizikal merupakan ruang yang terdapat di persekitaran.
Ruang fizikal boleh dibahagikan kepada 2 iaitu,
a. Ruang terbuka – suatu kawasan lapang dan luas.
b. Ruang tertutup – suatu kawasan yang sempit dan terhad.

2.Ruang Ilusi
· Dalam konteks ini, ruang dapat diterjemahkan mengikut 3 peringkat berdasarkan
penggunaannya dalam karya seni visual seperti lukisan, catan dan rekaan grafik.
· 3 peringkat ruang tersebut ialah ruang dalam, ruang cetek dan ruang rata.
a. Ruang Dalam
· Ruang dalam ialah perhubungan kesan penggunaan perspektif warna, perubahan saiz dan
bentuk dalam hasil karya seni seperti lukisan dan catan.
· Kajian nilai ton warna dan perubahan saiz berikut memperlihatkan kesan ilusi ruang
bergerak sama ada ke luar atau ke dalam mengikut arah cahaya yang diwujudkan melalui nilai ton
warna.
b. Ruang Cetek
· Ruang cetek merupakan ruang yang wujud dalam lingkungan yang terbatas sama ada dari
dinding ke dinding atau ruang kedalamannya yang terhad.
c. Ruang Rata
· Ruang rata terhasil dalam karya, terutama catan apabila dilukis atau diolah elemen-elemen
gambaran pada satah yang sama.
· Ia memperlihatkan suasana rata dan sama pada suatu garisan ufuk.

Perkaitan Ruang dan Perspektif

Perubahan saiz, jarak dan warna objek alam akan berlaku apabila objek tersebut dilihat dari jarak jauh. Dalam konteks seni, proses tersebut dinamakan perspektif. Perubahan nilai ton warna akan mewujudkan ruang kedalaman atau kecetekan sesuatu ruang mengikut ketentuan pelukis. Dalam karya 2D, garisan grid digunakan untuk menimbulkan ruang dan ilusi 3D melalui 2 cara, iaitu:

Perspektif 1 titik lenyap
· Perspektif 1 titik lenyap hanya memberi 1 fokus sahaja.

Perspektif 2 titik lenyap
· Perspektif 2 titik lenyap dapat memberikan susunan gambar kiri dan kanan dengan kesan perspektif yang berbeza(2 fokus)

Jalinan

Pengenalan

Jalinan ialah sifat permukaan yang terdapat pada permukaan sesuatu objek dan boleh dikesan secara penglihatan (tampak) atau sentuhan. Jalinan terdapat pada permukaan objek alam sekeliling dan juga objek buatan manusia. Setiap jalinan mempunyai fungsi dan nilainya yang tersendiri.
Jenis-jenis Jalinan

Jalinan terbahagi kepada 2 jenis iaitu jalinan sentuh dan jalinan tampak.

Jalinan Sentuh – ialah jenis jalinan yang dapat dikesan melalui deria sentuhan.
Contohnya, permukaan tayar kereta, tapak kasut, kulit buah durian, kulit kayu, permukaan jalan
raya dan sebagainya.
- Kesan corak jalinan sentuh boleh dipindahkan menjadi jalinan tampak dalam bentuk 2 dimensi
(2D) melalui teknik gosokan atau capan.

Jalinan Tampak – ialah jalinan yang hanya dapat dilihat, tetapi tidak dapat dirasai
secara sentuhan.
-jalinan ini b0leh dilihat secara ilusi pada alam benda, karya seni
-dan di atas kertas 2D yang telah dipindahkan melalui teknik
-gosokan atau capan daripada permukaan jalinan sentuh.

Sifat-sifat Jalinan

Sifat-sifat jalinan yang utama terbahagi kepada 4 jenis iaitu:
*Kasar – permukaan jalan raya *Tajam - kulit durian
*Lembut – permaidani *Halus - sayap rama-rama

Sifat-sifat jalinan yang berlainan ini boleh dikesan pada objek alam sekeliling, objek buatan
manusia dan karya seni visual.

Menggubah Jalinan dengan Pelbagai Bentuk

*Teknik capan
*Teknik basah atas basah
*Teknik gosokan
*Teknik resis
*Teknik kolaj
*Teknik ikat dan celup
*Teknik ‘impasto’
*Teknik renjisan
*Teknik pualaman
*Teknik tiupan straw
*Teknik renyukan kertas
*Teknik titik
*Teknik lukisan
*Teknik cetakan

Fungsi Jalinan

Jalinan yang terdapat pada objek alam sekeliling dan objek buatan manusia mempunyai fungsi
tertentu seperti:
*Keselamatan dan penyamaran – harmau belang mempunyai kulit yang berbulu halus lembut dan
menyerupai warna tumbuh-tumbuhan.
*Cengkaman – corak pada tayar kereta adalah untuk memberi kestabilan.
*Hiasan – jalinan corak pada tekstil adalah untuk menarik minat dan kesesuaian kepada pemakai
seperti baju, kain dan tali leher.

Aplikasi Jalinan dalam Karya Seni Visual

*Cetakan 
*Seni logam
*Batik 
*Ukiran
*Sulaman pangkah 
*Lukisan
*Kaitan 
*Anyaman
*Tembikar 
*Catan

Bentuk

Pengenalan

Bentuk boleh dikelaskan kepada 2 jenis iaitu bentuk konkrit dan bentuk ilusi. 

Bentuk Konkrit merupakan struktur binaan dalam 3 dimensi(3D) yang dapat dilihat dan dirasa pada setiap permukaannya. Contoh bentuk konkrit ialah seperti buku, almari, rumah, kereta, pokok dan sebagainya.
 
Bentuk Ilusi pula ialah bentuk yang wujud melalui kemahiran penggunaan unsur seni seperti warna. Bentuk ilusi tidak dapat dipegang, tetapi hanya dapat dirasakan kewujudannya melalui pandangan mata sahaja. Ia dapat dilahirkan melalui lukisan, catan dan fotografi.

Garisan dan Bentuk

Garisan dapat menghasilkan bentuk melalui beberapa proses berikut:
*Garisan dan Bentuk Lilitan Dawai
*Lilitkan dawai pada botol sehingga sempurna
*Kemudian, keluarkan botol daripada lilitan tersebut. Maka, terhasillah sangkar dawai berbentuk
botol.
*Garisan dan Bentuk Anyaman Rotan
*Garisan dan Bentuk Anyaman Buluh

Rupa dan Bentuk

Rupa dapat mencipta bentuk melalui proses seperti berkut:
a. Lukiskan rupa seperti dalam ilustrasi berikut di atas sekeping kertas manila.
b. kemudian, cantumkan bahagian-bahagian tertentu supaya menjadi bentuk
kotak seperti dalam ilustrasi di bawah

Cara lain untuk menghasilkan bentuk dengan rupa adalah dengan menggunakan:
*Teknik seni lipatan kertas - origami
*Teknik potongan kadbod – polihidera
*Teknik lipatan kain – topologi

Membina Bentuk
Bentuk boleh dibina melalui pelbagai cara. Antaranya adalah dengan menggunakan plaster of paris, cantuman atau gabungan daripada pelbagai bahan terbuang bagi menghasilkan arca hiasan mahupun gunaan. Bentuk juga boleh dihasilkan melalui ukiran pada batang kayu, sabun atau lilin. Membina bentuk tembikar melalui teknik picit, putaran, kepingan atau lingkaran.

Bentuk Figura Manusia

Bentuk manusia dewasa mengikut kadar banding dengan menggunakan bahagian kepala sebagai ukuran adalah lebih kurang 7 ½ bahagian. Manakala 1 bahagian badan manusia sama dengan 2 bahagian kepala. Panjang tangan ialah 3 bahagian kepala dan 1 bahagian kaki sama dengan 4 bahagian kepala.

Cara-cara Menimbulkan Bentuk Ilusi dalam Karya

Teknik Garisan
Teknik Lorekan
Teknik Kolaj
Teknik Catan
Teknik Cetakan

Rupa

Pengenalan

Rupa ialah hasil daripada pertemuan hujung garisan dengan permulaannya. Rupa boleh dihasilkan daripada garisan, warna dan jalinan.

Jenis-jenis Rupa

Rupa terdiri daripada 2 jenis iaitu:

1. Rupa Geometri
-Rupa Geometri ialah rupa yang mempunyai sudut seperti bulatan, tiga segi, empat
segi dan lain-lain rupa yang bersudut.

2. Rupa Organik
-Rupa organic merujuk kepada rupa bebas yang tidak dapat diukur sudutnya
seperti rupa daun, rupa orang, rupa ikan dan sebagainya.

Rupa Positif dan Rupa Negatif

Rupa positif ialah rupa sesuatu objek yang terletak di dalam satu kawasan tertentu.
Rupa negatif ialah ruang di sekeliling rupa objek tersebut.

Rupa dalam Aktiviti Mencorak

Rupa boleh berubah dan mewujudkan rupa yang lain dengan cara tindanan, tambahan atau luakan
( pengurangan ). Rupa dalam aktiviti mencorak, merupakan susunan rupa yang berulang-ulang dengan jarak dan kedudukan tertentu. Rupa akan menghasilkan kesan corak daripada perlawanan rupa positif dengan rupa negatif. Hasilan corak akan lebih menarik apabila rpa disusun berulang-ulang dalam susunan tertentu. Jenis-jenis Susunan dalam Mencorak
1. susunan selang-seli
2. Susunan turun separa
3. Susunan batu-bata
4. Susunan orgee
5. susunan cerminan
6. Susunan sisik ikan

Rupa dan Lambang

Rupa boleh diolah menjadi lambing atau symbol kepada sesebuah syarikat, persatuan dan pertubuhan.Rupa juga boleh menjadi jenama kepada sesuatu barangan.

Rupa dan Muka Taip

Muka taip ialah jenis-jenis rupa berbentuk huruf. Rupa muka taip boleh menghasilkan pelbagai gaya. Rupa muka taip boleh terdiri daripada muka taip serif ( berekor ) dan san serif.

Garisan

Pengenalan

Garisan merupakan cantuman satu siri titik².
Garisan merupakan unsur seni terpenting dalam aktiviti melukis, menggambar dan menulis.

Jenis² Garisan

Jenis-jenis garisan boleh dikelaskan berdasarkan penggunaan bahan atau teknik yg menentukan rupa bentuk dan sifatnya. Contohnya, pen marker akan memberikan garisan tebal, pen memberikan kesan garisan halus manakala berus dan dakwat memberi kesan garisan kasar.
· Garisan Tebal
· Garisan kasar
· Garisan nipis
· Garisan berlingkar
· Garisan berbulu
· Garisan pancaran
· Garisan beralun
· Garisan zig-zag
· Garisan Putus-putus

Garisan pada Alam Sekeliling

Garisan juga wujud pada objek alam sekeliling dan objek buatan manusia dalam rupa garisan yang tersembunyi di sebalik bentuk asalnya.Pokok(garisan tebal) – ranting pokok( garisan kasar) – Urat daun(garisan nipis) Titik hujan(garisan putus-putus) - Cendawan ( garisan pancaran ) Benang ( garisan berbulu) – Jejari roda basikal( grisan pancaran ) – Racun nyamuk ( garisan berlingkar) – Garisan pembahagi jalanraya(garisan putus-putus)

Kedudukan Garisan dapat menimbulkan pelbagai Kesan Perasaan

1. Garisan melintang -Memberi gambaran tenang
2. Garisan pepenjuru - memberi gambaran pergerakan
3. Garisan tegak - memberi gambaran teguh dan stabil
4. Garisan pancaran - memberi gambaran bertenaga
 
Garisan Pergerakan

Garisan dapat mencipta pergerakan ilusi dengan menghasilkan garisan berulang-ulang.
-Garisan berlingkar 
- Garisan beralun
-Garisan bergetar

Garisan untuk menimbulkan Bentuk

Garisan juga berupaya menimbulkan bentuk dengan menggunakan ton garisan.
Garisan yang rapat menimbulkan ton gelap manakala garisan yang berjarak atau jarang
menimbulkan ton cerah.
Hoho Angry Anime Smiley