Sunday 15 April 2012

Warna

 Pengenalan

Warna ialah tindak balas cahaya ke atas sesuatu permukaan.

Jenis-jenis Warna

Dalam seni visual, warna terbahagi kepada 3 jenis, iaitu:
1. Warna Asas/Utama
Warna asas terdiri daripada warna biru, merah dan kuning.
Warna asas ialah warna utama yang tidak boleh dihasilkan melalui campuran warna lain, tetapi
boleh menghasilkan warna sekunder dan warna tertier.

2. Warna Sekunder
Warna sekunder terdiri daripada warna hijau, jingga dan ungu.
Warna sekunder terhasil daripada campuran 2 warna asas.
Warna Asas Warna Sekunder
Kuning + Biru = Hijau
Biru + Merah = Ungu
Merah + Kuning = Jingga

3. Warna Tertier
Warna tertier terhasil daripada campuran 1 warna asas dengan 1 warna sekunder.
Warna Asas Warna Sekunder Warna Tertier
Biru + Ungu = Biru-Ungu
Merah + Ungu = Merah-Ungu
Merah + Jingga = Merah-Jingga
Kuning + Jingga = Kuning-JinggaKuning + Hijau = Kuning-Hijau
Biru + Hijau = Biru-Hijau

Warna Neutral

Warna neutral merupakan warna yang tidak tergolong dalam kategori warna asas, warna
sekunder dan warna tertier. Warna neutral terdiri daripada warna putih dan hitam atau campuran kedua-duanya.

Nilai Warna

Ton Warna

Ton warna ialah nilai pancaran kecerahan dan kegelapan sesuatu warna. Ton warna diperoleh melalui campuran sesuatu warna dengan warna putih atau warna hitam. Warna yang dicampur dengan warna hitam menjadi ton yang lebih gelap dan warna yang dicampur dengan warna putih akan menjadi ton yang lebih cerah.

Kroma Warna

Kroma ialah nilai ukuran warna. Ia terhasil melalui campuran warna penggenap dalam nisbah yang tertentu.

Gubahan Warna

Sewarna

Sewarna ialah gubahan yang menggunakan 1 warna dalam beberapa ton atau dikenali sebagai warna monokrom. Sewarna dapat dihasilkan melalui campuran warna putih untuk kesan terang atau warna hitam untuk kesan gelap.

Warna Harmoni

Warna harmoni ialah sekumpulan warna yang terletak sebelah-menyebelah dalam roda warna. Ia mempunyai hubungan warna, ton dan suhu warna yang sama. Warna harmoni dapat menimbulkan kesan perasaan selesa dan tenang. Ia sesuai digunakan untuk menghasilkan corak tekstil, hiasan dalaman, perabot, seni taman dan seni halus. Berikut ialah contoh warna yang berharmoni:

*merah jingga, jingga, jingga kuning
*hijau kuning, hijau, hijau biru

Warna Penggenap

Warna penggenap merujuk kepada gubahan warna yang menggunakan kombinasi warna yankedudukannya saling bertentangan dalam roda warna. Warna penggenap juga dikenali sebaga‘complementary’.
Contoh warna penggenap ialah:
Merah – Hijau
Kuning – Ungu
Biru – Jingga

Suhu Warna

Suhu warna ialah kumpulan warna yang mempunyai kesan pancaran cahaya panas atau kesapancaran cahaya sejuk.

Warna panas ( merah,kuning, jingga dan hijau kuning)memberi kesan terang dan garang danmerangsang pandangan. Ia merupakan kumpulan warna yang mempunyai kesan cahaya yangtinggi.

Warna sejuk ( biru, ungu, hijau dan biru hijau ) memberi kesan redup, tenang dan damai sertamenyejukkan mata memandang. Ia mempunyai kesan pancaran cahaya yang rendah.

Peranan dan Fungsi Warna

Dalam masyarakat berbudaya, elemen warna dan fungsinya tidak dapat dipisahkan.
Warna merupakan sebahagian daripada pakaian kehidupan masyarakat dunia.
Masyarakat desa di Malaysia, mensinonimkan warna dengan objek alam sekeliling.
Warna boleh membawa maksud atau pengertian tertentu mengikut budaya setempat seperti:
Warna kuning- kebesaran diraja, kecemerlangan, ceria, kekayaan.
Warna merah- berani, kemakmuran, bahaya, amaran.
Warna hijau- segar, subur, pertumbuhan.
Warna biru- kedamaian, tenang, romantik.
Warna putih- kesucian, kemurnian, kerohanian.
Warna hitam- kesedihan atau kepiluan.

No comments:

Post a Comment

Hoho Angry Anime Smiley