Bidang Menggambar
Tahap 1
Tahun | 1 | 2 | 3 |
Hasil Pembelajaran | - asas Menggambar Aras 1 i. Menyatakan secara lisan pengalaman pembelajaran yang diperhatikan di persekitaran. ii. Melakar secara spontan untuk menghasilkan imej melalui garisan dan rupa secara tidak terancang. Aras 2 i. Menggunakan bahan kutipan untuk menggambar secara mudah. Aras 3 i. Menggunakan bahan kutipan untuk menggambar secara: a. menekap b. memotong c. menampal d. mencantum e. menyusun gambar ii. Menyatakan secara lisan tentang hasil kerja sendiri. iii. Mengumpul hasil kerja. | - menggambar Aras 1 i. Mengetahui dan mengenalpasti alat, bahan, dan teknik dalam asas menggambar berdasarkan beberapa eksperimen. ii. Menyedari wujudnya rupa asas geometri di persekitaran. Aras 2 i. Menghasilkan gambar dengan memanipulasi bahan yang berasaskan air, minyak, dan bahan kering. Aras 3 i. Menghasilkan gambar dengan menggunakan pelbagai bahan serta teknik setelah membuat pemerhatian. ii. Menyata dan mempamerkan hasil kerja sendiri. iii. Mengumpul hasil kerja | -meneroka beberapa teknik yang berbeza dalam melukis dan membuat gambar. Aras 1 i. Menggambar dengan menggunakan pelbagai bahan dan teknik melalui penerokaan. Aras 2 i. Memilih dan menggunakan alat, bahan, dan teknik yang sesuai dalam penghasilan gambar. Aras 3 i. Menghasilkan gambar dengan menggunakan pelbagai alat, bahan dan teknik secara kreatif melalui penerokaan. ii. Membuat pernyataan tentang hasil kerja sendiri dan rakan. iii. Membuat dokumentasi mudah dalam portfolio. |
Cadangan Aktiviti Pembelajaran | a. Memerhati kesan garisan yang terdapat di persekitaran seperti kesan laluan anai-anai, siput, ketam, laluan air, kesan tayar dan tapak kasut di atas permukaan tanah atau pasir dari segi sifat dan jenis garisan seperti tebal, nipis, dalam, cetek, putus-putus, lurus, dan bengkang-bengkok. b. lakaran c. gurisan d. gosokan e. garisan f. tekapan atau surihan g. kolaj | a. stensilan b. kolaj c. gurisan d. lukisan e. gosokan f. capan g. catan h. resis i. cetakan | a. stensilan b. montaj c. capan d. catan e. kolaj f. resis g. lukisan h. gurisan i. tekapan j. cetakan |
Tahap 2
Tahun | 4 | 5 | 6 |
Hasil Pembelajaran | -menggunakan Asas Seni Reka dalam menggambar berdasarkan tema imaginasi murid. Aras 1 i. Mengenali Asas Seni Reka seperti warna, garisan, bentuk, imbangan dan penegasan dalam aktiviti menggambar. ii. Mengenali pelukis tempatan dan hasil karya mereka. Aras 2 i. Menghasilkan gambar dengan menggunakan alat, bahan, dan teknik yang sesuai serta mengaplikasikan Asas Seni Reka. Aras 3 i. Menghasilkan gambar berdasarkan tema imaginasi murid dengan menggunakan alat dan bahan yang sesuai ii. Menyatakan secara lisan tentang hasil kerja sendiri dan rakan. iii. Mengumpul dan merekod maklumat serta pengalaman menghasilkan portfolio. | -menggambar berdasarkan tema pengalaman dan imaginasi murid secara manual dan berbantukan komputer. Aras 1 i. Mengaplikasi elemen Asas Seni Reka yang sesuai dalam menggambar. ii. Mengetahui dan menggunakan bahasa seni visual (istilah) yang mudah untuk berinteraksi. Aras 2 i. Menggambar berdasarkan idea yang diperolehi dari pemerhatian dan penerokaan alat, bahan dan teknik. ii. Menggunakan komputer sebagai alat bantu dalam kegiatan menggambar. Aras 3 i. Menggambar dengan menggunakan gabungan pelbagai alat, bahan dan teknik yang lebih kreatif dan kemas. ii. Menyatakan secara lisan tentang hasil kerja sendiri dan rakan. iii. Menghargai sumbangan pelukis tempatan. iv. Mengumpul dan merakam maklumat serta pengalaman pembelajaran untuk menghasilkan portfolio. | - menggambar berdasarkan tema, pengalaman, imaginasi dan fantasi murid secara manual dan berbantukan komputer. Aras 1 i. Menggambar dengan member penekanan kepada konsep perspektif dan kadar banding. ii. Memilih, meniru, memadan dan menyusun gambar untuk menghasilkan satu komposisi. Aras 2 i. Mencari sumber rujukan sebagai pencetus idea untuk menggambar. ii. Mengaplikasi elemen Asas Seni Reka dalam kegiatan menggambar berbantukan komputer. Aras 3 i. Menggambar dengan menampakkan perspektif dan kadar banding serta mempelbagaikan alat, bahan (media) dan teknik untuk memberi kesan yang lebih kreatif dan kemas. ii. Menyatakan pendapat dan membuat perbandingan secara kritis dengan menggunakan bahasa seni visual. iii. Menghargai sumbangan pelukis tempatan. iv. Mengumpul dan merekod maklumat serta pengalaman untuk menghasilkan portfolio. |
Cadangan Aktiviti Pembelajaran | a. lukisan b. stensilan c. kolaj d. resis e. catan f. mozek g. gurisan h. cetakan i. capan j. lawatan k. pemerhatian terhadap alam sekitar | a. kolaj b. resis c. catan d. mozek e. gurisan f. cetakan g. capan h. lukisan i. menggunakan perisian komputer seperti Paintbrush, Photoshop dan Microsoft Word j. memerhati dan mengenalpasti kewujudan elemen Asas Seni Reka dalam alam ciptaan Tuhan k. membuat perbandingan dan membincang tentang karya pelukis tempatan yang dipamerkan l. membincang hasil kerja murid. | a. catan b. filiografi c. kaligrafi d. cetakan sutera saring e. menghias permukaan 2D dan objek 3D f. lipatan dan guntingan g. portfolio h. menggunakan perisian komputer seperti Paintbrush, Photoshop dan Microsoft Word. |
BIdang Membuat Corak dan Rekaan
Tahap 1
Tahun | 1 | 2 | 3 |
Hasil Pembelajaran | Membuat corak Aras 1 i. Memahami konsep motif. ii. Menghasilkan motif secara gurisan dan garisan dengan spontan. Aras 2 i. Menghasilkan corak dengan pelbagai cara seperti: a. memotong b. melipat c. menggunting d. menampal e. menekap f. mencarik atau mengoyak g. menyusun Aras 3 i. Menghasilkan motif berdasarkan sumber yang boleh didapati di persekitaran. ii. Menghasilkan gubahan corak mudah daripada motif yang dihasilkan. iii. Mengumpul hasil kerja. | -Membuat corak dan rekaan. Aras 1 i. Menggunakan pelbagai jenis garisan untuk menghasilkan corak secara terancang. ii. Mengenali dan melukis corak dengan menggunakan motif rupa organik dan geometri. Aras 2 i. Mencorak dengan menggunakan pelbagai alat, bahan, dan teknik. Aras 3 i. Mengolah bahan alam dan kutipan yang boleh dijadikan motif dalam penghasilan corak secara kreatif. ii. Menyata dan mempamerkan hasil kerja sendiri. iii. Mengumpul hasil kerja. | -Meneroka beberapa teknik yang berbeza dalam membuat corak dan rekaan. Aras 1 i. Menggunakan motif organik dan geometri untuk menghasilkan corak. ii. Mengenali warna asas serta mengolahnya dalam penghasilan corak. Aras 2 i. Menyusun motif untuk menghasilkan corak. ii. Menghasilkan kesan corak dengan menggunakan pelbagai alat, bahan, dan teknik. Aras 3 i. Menghasilkan corak dengan menggunakan pelbagai alat, bahan, dan teknik yang sesuai dan secara kreatif melalui penerokaan dengan menentukan motif. ii. Membuat pernyataan tentang hasil kerja sendiri serta rakan. iii. Menyediakan dokumentasi mudah dalam portfolio. |
Cadangan Aktiviti Pembelajaran | Cadangan teknik seperti: a. capan b. lipatan dan guntingan c. gosokan d. tekapan e. kolaj f. gurisan g. titisan h. lakaran i. cetakan | Cadangan teknik seperti: a. garisan dan gurisan b. resis c. lukisan d. capan e. golekan f. kolaj g. stensilan h. lipatan dan guntingan i. cetakan | a. cetakan b. capan c. lipatan dan guntingan d. tarikan tali e. gurisan f. kolaj g. stensilan h. tekapan i. catan |
Tahap 2
Tahun | 4 | 5 | 6 |
Hasil Pembelajaran | -Menggunakan Asas Seni Reka dalam membuat corak dan rekaan. Aras 1 i. Mencorak dengan menggunakan elemen Asas Seni Reka seperti garisan, rupa, bentuk, warna, jalinan dan ruang melalui penerokaan. Aras 2 i. Menyusun motif mengikut grid untuk menghasilkan corak. Aras 3 i. Menghasilkan corak untuk dijadikan satu rekaan berfungsi seperti penanda buku, pembalut hadiah, kad ucapan, dan bekas. ii. Mengumpul dan merekod maklumat serta pengalaman untuk menghasilkan portfolio. | -Membuat corak dan rekaan berdasarkan imaginasi murid secara manual dan berbantukan komputer. Aras 1 i. Menghasilkan motif berdasarkan penerokaan objek alam dan objek buatan manusia. ii. Menghasilkan corak dengan menggunakan motif, bahan dan teknik tertentu. Aras 2 i. Mengenal pelbagai jenis grid untuk membuat corak. ii. Menyusun motif mengikut grid. Aras 3 i. Menggunakan komputer bagi membantu menghasilkan corak. ii. Menghasilkan gubahan corak menggunakan garisan grid yang sesuai. iii. Membuat pernyataan secara lisan tentang hasil kerja sendiri dan rakan. iv. Mengumpul dan merekod maklumat serta pengalaman pembelajaran untuk menghasilkan portfolio. | -Membuat corak dan rekaan secara manual dan berbantukan computer berdasarkan imaginasi murid. Aras 1 i. Memadankan beberapa jenis reka corak dan kesesuaiannya dalam rekaan. ii. Menggunakan bahan, teknik dan corak yang sesuai untuk menghiasi permukaan 2D dan objek 3D. Aras 2 i. Menggunakan beberapa perisian komputer bagi membantu menghasilkan corak. ii. Mengolah motif berdasarkan objek alam dan objek buatan manusia bagi menghasilkan corak dan rekaan. Aras 3 i. Menguasai beberapa kemahiran, kawalan tatacara dan disiplin kerja dalam menghasilkan corak dan rekaan. ii. Menghasilkan corak dengan menggunakan garisan grid dan warna yang sesuai melalui penerokaan. iii. Mengumpul dan merekod maklumat serta pengalaman pembelajaran untuk menghasilkan portfolio. |
Cadangan Aktiviti Pembelajaran | a. capan b. cetakan c. lukisan d. lipatan dan guntingan e. tekapan atau surihan f. ikatan dan celupan g. kolaj | a. catan b. lukisan c. kolaj d. resis e. menghias objek f. lipatan dan guntingan g. menggunakan perisian komputer seperti Paintbrush, Photoshop dan Microsoft Word | a. catan b. filiografi c. kaligrafi d. cetakan sutera saring e. menghias permukaan 2D dan objek 3D f. lipatan dan guntingan g. portfolio h. menggunakan perisian komputer seperti Paintbrush, Photoshop dan Microsoft Word. |
BIdang Membentuk dan Membuat Binaan
Tahap 1
Tahun | 1 | 2 | 3 |
Hasil Pembelajaran | -Asas membentuk dan membuat binaan. Aras 1 i. Mengetahui dan bermain dengan bahan yang mudah dibentuk seperti: a. tanah liat b. plastisin Aras 2 i. Menghasilkan bentuk mudah dengan: a. melipat b. menggunting c. mencantum Aras 3 i. Menggunakan bahan kutipan yang sesuai untuk menghasilkan binaan mudah yang kreatif. ii. Menyata dan memperagakan hasil kerja sendiri. iii. Mengumpul hasil kerja. | -Membentuk dan membuat binaan dengan menggunakan pelbagai bahan. Aras 1 i. Mengenali dan membezakan bentuk organik dan geometri. ii. Memilih bahan yang sesuai untuk menghasilkan binaan mudah. Aras 2 i. Menggunakan bahan kutipan dan objek alam yang sesuai untuk membentuk dan membuat binaan berdasarkan kemahiran: a. memotong b. mencantum c. menampal d. menghias e. menyusun Aras 3 i. Menghasilkan binaan yang berfungsi berdasarkan pemerhatian dengan menggunakan pelbagai alat , bahan, dan teknik secara kreatif. ii. Membuat pameran dan persembahan hasil kerja. iii. Mengumpul hasil kerja. | -Meneroka beberapa teknik yang berbeza dalam membentuk dan membuat binaan. Aras 1 i. Mengetahui dan meneroka kegunaan bahan kutipan dan objek alam. ii. Menghasilkan binaan dengan teknik luakan dan tambahan. Aras 2 i. Membentuk dan membuat binaan dengan menggunakan bahan dan teknik yang berbeza dalam penghasilan. Aras 3 i. Menghasilkan binaan dan menghias dengan menggunakan pelbagai alat, bahan dan teknik secara kreatif. ii. Membuat pernyataan secara lisan tentang hasil kerja sendiri dan rakan. iii. Membuat dokumentasi mudah dalam portfolio. |
Cadangan Aktiviti Pembelajaran | Cadangan teknik seperti: a. binaan mudah b. hiasan diri (ornament) c. topeng mata d. origami mudah Cadangan bahan seperti: a. botol plastik b. tin c. kotak d. kadbod e. gabus / tudung botol f. klip kertas g. plastisin h. tanah liat i. kertas warna | a. hiasan diri (ornament) b. boneka mudah c. model d. bekas e. lipatan kertas (origami) f. topeng muka Cadangan bahan seperti: a. kad manila b. kotak c. manik d. kulit telur e. bola ping pong f. kertas warna g. kapas h. batang ais krim | a. arca b. bekas c. model d. topeng serkup e. asemblaj f. alat muzik g. penindih kertas Cadangan bahan seperti: a. kotak b. kad manila c. penyedut minuman d. kertas warna e. tin / botol f. klip kertas |
Tahap 2
Tahun | 4 | 5 | 6 |
Hasil Pembelajaran | -Menggunakan Asas Seni Reka dalam membentuk dan membuat binaan. Aras 1 i. Menghasilkan objek 3D mudah dengan menggunakan elemen Asas Seni Reka seperti bentuk dan ruang. Aras 2 i. Mengaplikasi konsep, struktur, dan imbangan dalam membentuk dan membuat binaan yang berfungsi. Aras 3 i. Menghasilkan binaan 3D yang lebih kompleks dengan mengutamakan kemahiran seperti memotong, mencantum, dan mengikat.. ii. Membuat pernyataan secara lisan tentang hasil kerja sendiri dan rakan. iii. Mengumpul dan merekod maklumat serta pengalaman pembelajaran untuk menghasilkan portfolio. | -Menggunakan Asas Seni Reka dalam membentuk dan membuat binaan. Aras 1 i. Menghasilkan arca menggunakan pelbagai alat, bahan dan teknik yang inovatif dengan member penekanan kepada prinsip imbangan. ii. Mengetahui kewujudan binaan yang berfungsi di persekitaran. Aras 2 i. Membuat lakaran reka bentuk binaan yang berfungsi berbantukan komputer. Aras 3 i. Membentuk dan membuat binaan yang kompleks dan berfungsi dengan menggunakan pelbagai bahan, teknik, struktur dan hiasan. ii. Menghargai sumbangan arcawan tanah air. iii. Mengumpul dan merekod maklumat serta pengalaman pembelajaran untuk menghasilkan portfolio. | -Membentuk dan membuat binaan secara manual dan berbantukan komputer. berdasarkan imaginasi murid. Aras 1 i. Menggunakan Asas Seni Reka dalam membentuk dan membuat binaan yang kompleks. ii. Menggunakan komputer sebagai alat bantu dalam proses merekabentuk. Aras 2 i. Mengetahui bahasa Seni Visual berkaitan penghasilan hasil kerja 3D. ii. Mempertingkat kemahiran menggunakan alat, bahan dan teknik dalam membentuk dan membuat binaan. Aras 3 i. Membuat model yang kompleks dengan menggunakan pelbagai alat, bahan, teknik, struktur dan hiasan mengikut tatacara secara kreatif. ii. Membuat pernyataan perasaan tentang hasil kerja sendiri dan rakan secara kritis. iii. Megumpul dan merekod maklumat serta pengalaman pembelajaran untuk menghasilkan portfolio. |
Cadangan Aktiviti Pembelajaran | a. arca b. model c. bekas d. mobail e. topeng f. diorama g. assemblaj h. demonstrasi Cadangan bahan seperti: a. kotak b. kad manila c. botol/tin d. kertas warna/majalah e. tali/benang f. dawai | a. arca b. boneka c. asemblaj d. alat muzik e. hiasan diri f. pembungkusan g. aplikasi perisian komputer seperti Paintbrush, Photoshop dan Microsoft Word h. portfolio Cadangan bahan seperti: a. kotak/tin/botol b. buluh/lidi c. manik d. dawai | a. arca b. model c. boneka d. asemblaj e. alat muzik f. hiasan diri g. pembungkusan h. aplikasi perisian komputer seperti Paintbrush, Photoshop dan Microsoft Word Cadangan bahan seperti: a. kotak/tin/botol b. dawai c. buluh/lidi d. kain/span e. kulit kerang/kacang f. kayu g. Plaster Of Paris |
BIdang Mengenal Kraf Tradisional
Tahap 1
Tahun | 1 | 2 | 3 |
Hasil Pembelajaran | -Pengenalan kepada kraf Tradisional Aras 1 i. Mengetahui nama kraf tradisional. Aras 2 i. Mengenal pelbagai bahan gantian serta sifatnya dalam proses membuat kraf mudah. ii. Memilih bahan yang sesuai untuk penghasilan kraf secara: a. mewarna b. memotong c. menganyam d. membuat imbangan e. menghias bahan lembut secara gurisan dan tekanan. f. membentuk bahan lembut dengan picitan Aras 3 i. Menghasilkan kraf mudah dengan menggunakan pelbagai teknik secara kreatif. ii. Menyata dan memperagakan hasil kerja sendiri. | -Pengenalan kepada beberapa motif dalam penghasilan kraf tradisional. Aras 1 i. Mengenal motif kraf tradisional yang sesuai. ii. Mengenal dan meneroka bahan asas dan bahan gantian serta sifatnya untuk menghasilkan kraf. Aras 2 i. Menggunakan bahan asas dan bahan gantian untuk menghasilkan kraf mudah. Aras 3 i. Menghasilkan kraf tradisional mudah dengan hiasan bermotifkan flora atau fauna secara kreatif. ii. Membuat pernyataan tentang hasil kerja sendiri. iii. Mengumpul hasil kerja. | -Peningkatan pemahaman tentang beberapa motif dan tatacara serta disiplin kerja. Aras 1 i. Menggunakan bahan gantian untuk menghasilkan kraf tradisional melalui penerokaan. ii. Memahami motif flora dan fauna. Aras 2 i. Menghasilkan kraf tradisional secara mudah dengan menggunakan bahan asas. ii. Menguasai kemahiran motor halus (psikomotor) dan tatacara serta disiplin kerja. Aras 3 i. Meneroka motif, bentuk, dan corak yang mudah dalam penghasilan kraf tradisional. ii. Membuat pernyataan secara lisan tentang hasil kerja sendiri dan rakan. iii. Membuat dokumentasi mudah dalam portfolio. |
Cadangan Aktiviti Pembelajaran | Cadangan teknik seperti: a. anyaman b. mewarna wau c. tembikar d. gasing mudah e. resis Cadangan bahan gantian seperti: a. kertas warna b. kad manila c. kotak d. majalah e. plastisin | a. batik b. wau c. gasing d. hiasan diri (ornament) e. tembikar f. anyaman/kelarai g. portfolio mudah Cadangan bahan seperti: a. kertas b. kad manila c. krayon d. lidi e. plastisin f. kertas warna g. warna air h. kertas majalah | a. batik b. wau c. gasing d. anyaman e. tembikar f. hiasan diri (ornament) g. alat pertahanan diri Cadangan bahan gantian seperti: a. kertas b. plastisin c. kad manila d. tutup botol e. klip kertas f. penyedut minuman g. kadbod h. benang |
Tahap 2
Tahun | 4 | 5 | 6 |
Hasil Pembelajaran | -Pengenalan kepada penggunaan alat, bahan, teknik, dan proses dalam kraf tradisional. Aras 1 i. Menggunakan elemen Asas Seni Reka, bahan, dan proses yang sesuai dalam penghasilan kraf mudah. ii. Mengenali bahan sebenar dan proses penghasilan kraf tradisional serta elemen Asas Seni Reka. Aras 2 i. Mengetahui latar belakang dan mengenali ragam hias kraf tradisional. ii. Menghasilkan kraf mudah. Aras 3 i. Mengaplikasi Asas Seni Reka dan ragam hias dalam penghasilan dengan menggunakan bahan sebenar, proses dan teknik yang betul. ii. Mengumpul dan merekod maklumat serta pengalaman pembelajaran untuk menghasilkan portfolio. | -Membuat Kraf Tradisional. Aras 1 i. Mengenali tokoh kraf tempatan dan menghargai sumbangan mereka. ii. Mengetahui istilah-istilah dalam Kraf Tradisional. iii. Menghasilkan Kraf Tradisional dengan menggunakan bahan sebenar. Aras 2 i. Mengaplikasi Asas Seni Reka dalam penghasilan kraf tradisional. ii. Menggunakan komputer sebagai alat bantu dalam proses penghasilan. Aras 3 i. Menghasilkan Kraf Tradisional yang lebih kompleks dari segi bentuk dan motif. ii. Membuat pernyataan tentang hasil kerja sendiri dan rakan. iii. Mengumpul dan merekod maklumat serta pengalaman pembelajaran untuk menghasilkan portfolio. | -Membuat kraf tradisional mengikut tatacara. Aras 1 i. Mengenali dan menghargai sumbangan tokoh kraf. ii. Mengetahui istilah dalam Kraf Tradisional. iii. Mengaplikasi Asas Seni Reka dalam penghasilan Kraf Tradisional. Aras 2 i. Menggunakan komputer dalam proses merekabentuk penghasilan Kraf Tradisional. ii. Membuat Kraf Tradisional menggunakan bahan sebenar dengan kemas dan mengikut tatacara / proses sebenar. Aras 3 i. Menghasilkan Kraf Tradisional dengan menguasai kemahiran penggunaan alat, bahan dan teknik. ii. Membuat pernyataan tentang hasil kerja sendiri dan rakan secara kritis dan kreatif. iii. Mengumpul dan merekod maklumat serta pengalaman pembelajaran untuk menghasilkan portfolio. |
Cadangan Aktiviti Pembelajaran | a. tenunan b. tembikar c. seni tekat d. seni manik e. anyaman f. portfolio g. lawatan h. demonstrasi Cadangan bahan seperti: a. plastisin a. manik b. benang c. kad manila d. biji-bijan e. penyedut minuman f. gabus | a. batik b. ukiran c. tenunan d. tembikar e. anyaman f. tekat g. mengaplikasi perisian komputer seperti Paintbrush, Photoshop dan Microsoft Word Cadangan bahan seperti: a. tanah liat b. lilin c. reben d. kertas warna/majalah e. kain/benang f. mengkuang/pandan | a. batik b. ukiran c. tenunan d. peralatan domestik e. anyaman f. tembikar g. kuda kepang h. lawatan i. demonstrasi j. aplikasi perisian komputer seperti Paintbrush, Photoshop dan Microsoft Word Cadangan bahan seperti: a. buluh b. lidi c. kain d. pandan e. mengkuang f. lilin g. pewarna batik h. canting i. kayu ukiran j. tanah liat k. pisau ukiran l. tempurung |
No comments:
Post a Comment